Thursday, March 23, 2017

BAGAIMANA NAK JAGA KULIT MUKA YANG SEBENAR?

Assalamualikum and Hello!

Okay, senang ja nak muka cantik, mulus takda lubang2, takda jerawat bagai. Memandangkan, saya dah lalui semua perit getir ada jerawat di seluruh muka ni, tapi alhamdullilah, jerawat saya sudah semakin hilang. Macam mana caranya?

waktu saya umur 10, muka saya start ada jerawat kecik2. Waktu tu comel je. Jadi, saya takdelah kisah sangat. Tapi waktu saya umur 12 (UPSR), saya sedar jerawat saya semacam start jadi banyak. Orang pun asyik pandang2. So, waktu tu saya start lah pakai pencuci muka. Tapi, takde perubahan pun. Jerawat yang ada kekal ada. Jerawat yang baru tumbuh tetap tumbuh cuma lambat sedikit. Waktu saya umur 13, muka start berminyak. Kalau petang-petang tu, huisy, kilatnya macam kepala helmet XD. Jadi, saya pun cuba pakai oil control + anti-acne product. Well.... korang rasa apa jadi? TIADA PERUBAHAN.

Sekarang saya dah berumur 17 dan macam-macam produk dah saya cuba, tak satu pun berhasil. Maka, pada umur saya 18 ini, alhamdullilah, saya dah jumpa - satu produk yang sangat2 bagus dan jangan risau produk ini sudahpun disahkan oleh kementerian kesihatan dan kebersihan. Ada kod lagi dekat belakang botol, in case kalau u guys tak percaya. Perfi je dekat laman web official kementerian kesihatan dan kebersihan tu dan masukkan kod itu.

Okey, jadi saya jumpa 2 cara.

CARA 1: JUMPA SPECIALIST
Waktu saya berumur 16 (form 4) , saya pergi ke Doktor KO. oleh sebab kulit saya sangat dahsyat waktu tu, saya terpaksalah berjumpa dengan pakar. Dan macam biasa, sudah jumpa pakar biasanya kita kena guna produk yang disyorkan olehnya. Alhamdullilah, bila saya pakai kulit saya berubah demi hari ke hari and jadi sangat flawless within 2 WEEKS tau! Ubat yang saya ambik bukan sapu2. Ubat yang saya ambik adalah jenis kena makan punya. 2 kali sehari. Tapi, since saya duduk dekat asrama, adalah satu tempoh masa tu saya terpaksa stop makan sebab stok ubat dah habis and saya tak boleh keluar nak pergi beli. Hehehe boleh je mak tolong belikan tapi sajalah nak pergi sendiri. Wah.... jerawat saya terus keluar mendadak. Memang sangat terkejut sebab yelah tak sangka jerawat akan keluar sebanyak itu. Jadi, saya buat conclusion sendiri, saya kena ambil ubat itu for the rest of my life in order tak nak jerawat keluar. Tapi end up saya stop pergi beli lagi ubat tu sebab takut its long consequences. Mana tahu ada after effect dia kan? Jadi, yang ini saya syorkan untuk orang yang mempunyai terlampau banyak sangat jerawat dan ingin kurangkan like 90% of it. hehehe lagi 10% tu, sendiri usaha.

CARA 2: TETAPKAN PRODUK SESUAI UNTUK MUKA
Okey, yang ini yang patut saya buat dari awal lagi sebenarnya. Selama ni, saya guna produk-produk kecantikan dan kesihatan ni tapi tak tetap pada satu. Contohnya, pencuci muka safi dengan oil control + anti-acne product jenama OXY. Memang patutlah jerawat tak kurang sebab dia tak compatible. Tambahan pula, kalau kita guna asing2 ni, kita tak dapat effect optimum dia tau. Maka, janganlah buta mata nak kan semua jenis produk sebab tu semua akan merosakkan kulit je. Tapi, kalau yang masih bersekolah tu, jangalah risau. Jerawat memang akan keep popping in je. Cuma peringatan, jangan PICIT! Nanti muka awak semua, jadi macam saya ni ha. Subhanallah... Okay, sambung. Ada a few tips nak pilih produk sesuai dgn muka ni.
 Macam ni caranya:

1. Pilih satu produk yang dah disahkan oleh kementerian kesihatan dan kesihatan and then buat research sendiri (contoh research: produk apa yang ditawarkan?, produk yang ditawarkan ada berapa jenis?) Macam gitulah. Takpe nanti saya tunjukkan contoh.
2. Lepas dah buat research, pastikan produk tu mudah didapati and lama beroperasi. Takkan tak sampai setahun dah nak tukar produk lain. Salah cara tu!
3. Kemudian, dapatkan produk, disiplinkan diri. Maksudnya, mula2 kalau awak ada pakai produk lain sebelum ni, rehatkan dulu muka tu 1 minggu and then baru mula pakai produk tu. Jangan terkejut pulak kalau muka tiba-tiba keluar jerawat dgn banyak, itu mungkin sebab proses detox. Ini lain postlah saya cerita ya.
4. Tengok pada testimonial orang lain. Mungkin ada yang berjaya kurangkan jerawat dlm 3 bulan 1/2. Tengok pulak macam mana  muka awak tu. Makin baik ka, makin hancur ka? Kalau teruk, jangan risau bagi dia masa lagi. Ingat, kalau nak tukar kepada produk lain REHATKAN MUKA TU DULU DLM 1 MINGGU!
5. Kemudian, bila kulit muka tu dah okey, barulah awak boleh fikir nak start beli produk kecantikan lain. Di sini, produk kecantikan dan produk kecantikan & kesihatan lain tau maksudnya! Produk kecantikan tu maksudnya foundation, compact powder dan sebagainya. Ini pun saya tengah test ni sebab, kulit muka saya dah start pulih little by little. Jadi barulah sekarang saya nak cari produk kecantikan. Apa-apa nanti saya update okay guys!

Okay... So, inilah dia produk yang saya gunakan (Hanya sebagai contoh bukan promosi, serious bukan promosi. Kalau nak iku terserah)

1. Saya memilih produk jenama Oles (malaysian made). Okey, yang ini ada dua jenis/set. Set ungu and set oren. Saya pakai set oren sebab kulit saya cepat berminyak. Kira macam kalau beli satu set ada 5 barang dia bagi (pencuci muka, toner, serum, day cream, night cream).

2. Alhamdullilah, mudah nak didapati. Boleh melalui online ja. Banyak testimonial yang telah dibuat. Dont worry, sebab memang ada video penuh pun macam mana transformation orang tu dari minggu satu ke minggu 6 (kalau tak silap)

3. Alhamdulilah saya dah pakai selama 4 minggu. Ternyata ada perubahan!

4. Sekarang saya tengah mencuba foundation daripada innesfree (Korean made). Memandangkan kulit saya ni terlampau sensitif, even make up pun saya kena jaga. Kalau cosmetic tu ada barang berbahaya, habislah muka saya keluar balik jerawat. Jadi sekarag ni saya tengah cuba produk ni, nak tengok either compatible atau tak. Apa-apa saya akan buat post baru. InshaAllah.

Setakat ni, tu jelah. Saya harap post ini berinformatif. Tapi, jangan risau memandangkan ini pun life saya, saya harap orang selepas saya akan jadi lebih baik drpd saya. Insha-Allah.

reporting,
BadriSyah99