UJIAN INTERVIEW MRSM
Hye~
Alhamdullilah, sy baru menjalani interview MRSM di KPM Beranang pagi tadi. Saya budak tingkatan 4 dan ni kiranya permohonan kali kedua lah nak try masuk MRSM. First hari tu waktu UPSR. Ni ada tips sikit nak share~
INTERVIEW BAGI PELAJAR TING 1
Baik, berdasarkan pengalaman saya, pd tahun 2011 (waktu saya UPSR) saya cuba nak mohon MRSM dan telah menjalani interview yg agak berbeza dgn interview kali ni. Waktu tu, ada yg interview face to face dan ada juga exam. Ni apa yg sy cadangkanlah selepas dengar kawn2 yg dapat masuk tu buat mcm mana bagi nak masuk. Interview tu biasanya guru bertugas suruh kita perkenalkan diri. Yg penting jgn kurang dari 3 min. Cakaplah apa nak cakap tapi apa yg diorang nak dengar sebenarnya ialah kita mempunyai kempimpinan yg tinggi atau seorang pelajar yg berpandangan jauh dan sebagainya. Tapi, janganlah jawab hipokrit sangat. NAnti diorang ingat kita sombong pula. Lepas tu diorang akan tanya a few questions dekat pelajar. Like for an example, adakah anda bersedia menghadapi kehidupan di asrama? Jawab benda yg logic dan simple. Nanti melalut diorang x faham pula. Oh ya, kalau sy tak lupa, diorang juga ada buat rakaman interview tu nanti tapi for a few students jelah. K? kita teruskan... Lepas tu, diorang suruh kita baca sebaris ayat al-Quran. Waktu tu sy mohon MRSM yg agak lebih ke arah keagamaan which means only for the Islam students. Jadi, memang takde agama lain lah waktu tu. OK? Itu baru yg pertama. Yang kedua ialah ujian bertulis. Ni cuma zaman saya. Tahun ni (2014) saya dengar ujian dah mula buat melalui komputer. Baguslah tu. Cuma bagi orang yg suka conteng kertas sambil baca soalan, mesti rasa awkward sedikt bila jawab. Exam yg perlu dijawab ialah M3 dan SC. For ur information, M3 dan SC memang subjek yg perlu kalian dpt A sblm nak masuk MRSM pun. Biasanya, SC berdasarkan apa yg kita ambil pd tahun tu. Kalau UPSR, samalah UPSR. Kalau PT3, PT3 lah juga. Soalan M3 agak berbeza. Lebik kurang sama tapi ditambahkan dengan soalan yg berasaskan lebih kepada IQ. Jadi bersedialah betul2. Jangan lupa, kalkulator saintifik boleh digunakan tau. Kebanyakan budak UPSR waktu tu tak gunakan kalkulator. Maklumlah tak biasa digunakan waktu jawab UPSR kan? itu yang jadi punca kepada tak cukup masa nak jawab. Jadi all the best to all of UPSR students yg cuba nak mohon MRSM.
INTERVIEW BAGI PELAJAR TING4
Habis UPSR, PT3 plk. OK! yg ni yg latest, yg hot dan yg paling gempak sekali! Ada 4 ujian dan semuanya menggunakan komputer. Interview face to face langsung takde sebab digantikan dengan ujian yg terakhir iaitu ujian keperibadian. SO, kita akan strart dengan ujian yg pertama which is Latihan Ujian. Latihan je lepas tu baru betul2. Kita mulakan dgn BI. Apa yg sy jawab tadi ialah dia kasi satu short essay and a few questions. Sebab ia berkisar BI sy pun cakap dlm bahasa Inggeris ye? Did u guys still remember when taking UPSR questions on the short essay and a few questions based on the paragraph that was given? For an example, how did aurora was created, A. by the mixture of oxygen any hydrogen, B. by the mixture of oxygen and nitrogen, C. by the gravitational force of the south and north pole and ecetra. Just don't worry cause the answer r all in the text given. So just read carefully and you'll find the answer. OK? faham? habis BI, SC pulak. SC yang saya jawab tadi langsung tak sama dgn PT3. Tetapi soalannya seiras PMR. Jadi, korang boles bayangkanlah kan? M3 pulak.... Susah! Senang cerita saya kasi satu contoh. (Ada 10 orang tetamu dalam majlis tersebut. Sebelum pulang, mereka semua bersalaman sesama mereka. Berapa banyakkah salaman yg dihasilkan? ) Cara nak nawab dis agak tricky tau. Pastikan orang2 tersebut tak salam dengan orng yg sama dua kali. Lupa nak cakap, semua soalan adalah objektif. So, rest assured, sbb langsung takde subjektif ya, rakan2. Ok. Habis 3 exam. Kini tinggal exam keperibadian. Yg ni x perlu nak stress sangat. Rasanya korang pun tahukan solan jenis apa? Kalau nak hint juga, dia mcm ujian kerjaya dan ujian personaliti. Lepas habis, semua ni, boleh lah balik.
TIPS YG SEMUA PUN TAHU
Pakaian tu dah semestinya pakaian sekolah kan? Kalau boleh pakailah kemas2. Kekemasan yg mencerminkan kita semua. Lepas tu, waktu exam jgn lupa bawa air mineral. Air tu oksigen tau. Kot2 kalau tak jumpa jwpn, minum air, then baru rasa tenang sikit. Sebelum ambil exam, jgn makan berat2, tapi kena makan juga. Kalau interview pagi, ambil breakfast. Kalau petang, ambil lunch, tapi makan roti je dah cukup. Kot2 kalau nanti ada interview face to face, buanglah bunyi um.... ahhhhh.... sayaa...... Cakap tu biar jelas dan lancar. OK? then, kalau boleh buatlah kenalan masa interview tu. Dptkan no phone dia. Nanti bila result dah keluar boleh call, nak tanya samada diaorang dpt ke tak. Jadi, setakat ni jelah. Rasanya, yg lain tu, korang pandai2 lah prepare sendiri. Tapi walaupn interview mcm ni je, jgn ambil mudah. Sebab soalan dia memang susah2. Jadi, Good luck, Bonne chance, gambatte dan semoga berjaya, rakan2 !!!!reporting
BadriSyah ^^