Monday, November 24, 2014

KOMEN-KOMEN
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SBP, MRSM DAN SMT 2015 TINGKATAN 4


First of all, saya nak cakap yg permohonan ni semua senang sangat nak buat. Masalahnya, syarat kelayakan langsung tak nak dikurangkan. Dah banyak yang komen PT3 ni susah. So, takkanlah diorang nak expect kitorang boleh excell dgn baik and penuhi syarat kelayakan yg ditetapkan. Untuk MRSM alhamdullilah kita tahu dia buat ujian dekat mana dan bila. Tapi macam mana pula sekolah SBP. Tak silap sy, zaman waktu nak mohon UPSR dulu segelintir sekolah ada buat ujian. Tak interview mesti kena jawab kertas peperiksaan. Jadi, takkan takde pula waktu form 4 kan? 

Kepada para pembaca, harapan saya ialah untuk masuk asrama. Impian nak masuk MRSM Jasin, Kolej Tunku Kurshiah dan SMT Kuala Lumpur. Tapi yang saya pilih ni hebat-hebat sangat. Jadi mengikut pengalaman rakan-rakan, kebanyakan pilih yang low-low punya dululah. Betullah tu daripada ambil risiko nak sekolah yang elit tapi tak dapat kan? Asalkan dapat alhamdullilah. 

Ada beberapa komen yang saya jumpa dekt komen site lain ada berkaitn dengan kemasukan ikut lorong ekspres atau pakai kabel. Seriously, itu ialah cara paling kotor sekali. Waktu UPSR dulu saya sangatlah benci kepda orang2 seperti ni. Masalahnya masuk pakai kabel markah 2, 3A je takpe. Tapi improve bila dah masuk sekolah hebat tu. Masalahnya, dah duduk sekolah hebat, nak keluar pula tak tahan pressure belajar dgn orang-orang high class. What Man You? Tak bolehlah mcm tu. Fikirlah perasaan orang yg tak dpt masuk just sbb ruangan diorang diisi oleh orang seperti manusia-manusia yg sy sebutkan td.

Ada juga sy jumpa komen lain. Contohnya kenapa nak jauhkan anak2 drpd ibu bapa dgn pergi asrama. Sejujurnya, saya sngtlah bersetuju. Masalahnya, kalau betullah wujud sekolah MRSM yang boleh belajar tapi taknak tidur, uisy.... memang dah pack orang mohon. Pernah ke dengar pelajar belajar dekat MRSM Gombak ke, Jasin ke, pergi dan pulang dari sekolah. Kalau gitu tak bestlah. Ada juga komen bagus bagi pengalaman berdikari. Yup, tupun saya setuju. Bayangkanlah kalau masuk asrama masa kita sepenuhnya BELAJAR! BELAJAR! BELAJAR! Tu memang tak sihat kan? Tapi setiap masa kita diisi dengan aktiviti tak mcm kalau kita belajar dkt sekolah biasa. Balik tidur, kalau tak melepak. Baca buku jauh sekali. Plus kalau kita masuk sekolah mcm tu masa dpn terjamin. Pernah dengar orang kata berada dengan orang2 yg pandai, kita juga akan jadi pandai? Ha~ betullah kata orang tu. Yg penting ialah persekitara kita.

Ini hanyalah pandangan saya, kepada ibu bapa yg ada masalah taknak anak2 berjauhan, inilah kata2 yg sesuai untuk ibu bapa semua. Kami pelajar pergi bukan nak berjauhan dgn ibu bapa, tp kami pergi dgn tujuan nak belajar. Mungkin apa yg kami nak kami dpt dkt rumah. Itulah sebabnya kami tak dapat apa yg kami nak jika dkt asrama. Kitorang juga TAHU yg masa diluangkan bersama ibu bapa sangatlah terhad kalau masuk asrama skrng. Yelah nanti keluar sekolah pun masuk uni. Lps tu kahwin. tapi inilah pengalaman yg kami tak dpt lupakan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, makcik2 sy semua berasal dr sbp. Nenek sy masih ingat lg betapa lawaknya mereka masa kecik dulu sedangkan mak saya paling sulung tak dpt pegi mana2 pun sbb kena jaga adik paling kecik waktu tu. nenek tak ingat dah betapa seronoknya bila mak ada dkt rumah full time dgn dia waktu kecik dulu. pelikkan? tapi itulah hakikatnya. kemudian, ibu bp, baguslah tu kami pergi. dpt belajar mcm mana nak basuh baju sendiri. kalau tak suruh mesin je yg basuhkan. Ingat tu baju mesin ke? sian dia tau. Kasut pun entah2 masih mak yg basuhkan. (Sy lah tu) jadi banyak pengajarannya pergi.

Last but not least, segala permohonan anda, inshallah akan berjaya. Tak kisahlah samada perempuan atau lelaki, let it be. Semunya sama je. Kalau nanti ada antara pelajar yg tak dpt masuk mana2 dan dengar alasannya ialah sebab kuota perempuan/lelaki dah habis, janganlah sedih sbb sy salah seorang drpdnya. Ya sy tahu mmng frust gila bila kita dah dpt result bagus pun dia masih tak terima lg, tapi apa yg boleh kita buat. Jika ada tersilap kata ampunkalah ya. doakan kejayaan sy besok dlm interview MRSM di Beranang. Dengar kata susah. Harapnya boleh lah skor besok. AMIN. 


reporting,
BadriSYAH ^^


No comments :