Assalamualaikum,
Alhamdullilah PT3 akhirnya dah pun habis. Walaupun pelbagai rintangan yg kami semua lalui, akhirnya semuanya diserah kepada Allah SWT sahaja. Sekarang, keputusan dah pun keluar. Tak sabar-sabarnya nak pergi ambil keputusan dengan mak dan ayah 22/12 ni. Sayang.... diorang kena hantar nenek pulak dekat hospital. Tapi takdelah ika kisah sangat. Sorilah tiba-tiba keluar nama manja pulak. Bukan apa, sebab Ika tengah sedih sangat ni. Bila sedih, nama-nama pelik terkeluar. Biasalah tu, especially perempuan. 1 otak 9 nafsu, berbeza dengan lelaki. Tapi tolak cerita ni ketepi dulu ye.
Balik kepada cerita PT3, Ika dengar tak ramai yang dapat skor straight A untuk PT3 2014 ni. Mulanya ingatkan takdelah teruk sangat. Haih,,,, teruk sangat korang. sangat-sangat teruk, dan hanya orang-orang yang terlibat sahaja tahu betapa kami dianiaya seperti tikus putih ni. Sangat dahsyat keputusan PT3 tahun ni. Even, Ika rasa PT3 kali ni akan mencetuskan sejarah dalam Malaysia tau! Okay ceritanya begini, bayangkan ada sekolah tanpa straight A?! Whoah kan? Dan untuk pengetahuan you all, kitorang, guinea pig ni, ambil 10 subjek in total tau! Tambahan 2 subjek iaitu mendengar dan lisan BM dan BI. Alhamdullilah, rasanya yang tu ika dapat A, tapi bukan bagi subjek lain. Ya Allah... susahnya! Kalau tak silap ika lah, rasanya ada lah kot 3 kali ika menangis sebab tak tahan pressure PT3 ni. Plus, mak ika pulak cikgu BM yg mengajar dekat sekolah ika. Aduh! Lagilah. Luar dalam sekolah semua ika tahu. Dari apa yang pengetua merungut dekat mak ika pasal orang-orang lembaga peperiksaan tu dahsyat2 tau. Teruk sekolah kena just bcause of arahan orang atasan. So, kalau you all tak puas hati, jangan marah guru2, pengetua2 and even sekolah. Semua tu mainan politik kerajaan. Ika tahu salah main nama2 politik ni, tapi Malaysia menjalankan demokrasi. Apa? Ingat ika budak hingusan 15 tahun tak tahu apa itu diplomatik. Ianya hak bersuara ok?! Jadi di sinilah satu2 tempat nak mengadu betapa tak puasnya hati ni bila politik include dlm percaturan PT3. Walaupun ika kurang bersetuju, tapi ika sebenarnya sangatlah terima PT3 ni. Yalah, Malaysia ni dahlah merdeka lambat. Kalau tanya nenek atuk kita pun masih ada yang boleh ceritakan bagaimana suasana merdeka sebelum tu. Jadi, kita kenalah bina Malaysia ke arah kemerdekaan yang lebih cepat untuk bersaing dgn negara2 hebat di luar. Dari pentadbiran, pembangunan dan pendidikan , tu semua kena majukan? Jadi alhamdullilah Malaysia dah semakin maju. Masalahnya, we all ni macam copy cat. Apa yg luar negara buat semua nak tiru. Kalau dah lengkap takpelah jugak, ni buat separuh jalan. Biar ika terangkan kenapa... okey bayangkan kami guinea pig ni, telah diajar, di"brainwash" selama 2 tahun dengan PBS dan tanpa exam. Memang relaks habis tau you all. And so suddenly, timbul pulak PT3 ni. Aduhai! lembik otak nak belajar semula. Tapi apakan daya. Live must go on. Jadi kitorang pun berjuanglah habis-habisan. Tapi nak tahu apa yg jadi pucuk utama masalah kitorang? the problem is, kitorang dapat skema soalan on the August of 2014!!!!! Ya Allah! tu berapa bulan lagi nak exam tu, cuba bayangkan.... Oklah. Kitorang teruskan jugak. Tuisyen? Tutor? semua tu ajar ikut PMR lagi. Jadi siapa kami nak harapkan? Guru sekolah? Baiklah. Guru sekolah jelah yang tinggal. Ada lagi masalahnya. Lepas tu kitorang kena buat ujian pulak. Ujian apa you all tanya? Ujian PISA. Which dah sah-sah lah negara Malaysia dekat bottom sekali. Bukan nak menghina, tapi itulah faktanya. Kalau you all tak percaya, search lah dekat Wikipedia, dekat situ dah terang-terang letak siapa dapat nombor satu sampailah terakhir. Haih.... tulah dia masalahnya. Although apa yang kitorang belajar tu adalah perkara yang sama, tapi once skema/bentuk soalan berbeza, everything will be dfferent people. Everything will be different.
Itulah dia yang saya nak luahkan. Rasanya dah cukup jelas dah tu kan? Good luck lah kepada kawan2 seperjuangan saya yang tunggu keputusan ni. Sabar.... kepada rakan2 yang memang budak genius, budak hebat2, jangan terkejut dengan markah macam tu you all dpt masuk MRSM. it's not imposible bcause everything changed. Jadi bonne chance (good luck) rakan2. Bye......
Tuesday, December 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment